Semporna adalah negeri yang paling terkenal di Sabah, Malaysia merupakan sebuah destinasi pulau yang memukau dengan air yang jernih dan bersih sesuai untuk snorkeling atau diving. Anda akan lihat pelbagai hidupan marin dalam air yang sangat cantik kerana airnya yang jernih. Jika anda mencari tempat melancong untuk menikmati keindahan dan kecantikan alam semulajadi, Semporna adalah pilihan yang terbaik untuk pengalaman anda.
Jika anda tak tahu tempat menarik di Semporna yang patut anda kunjungi. Jom ikuti artikel ini untuk melihat pulau mana yang menjadi perhatian anda untuk pergi.
Lebih menarik lagi pakej yang disediakan sangat berpatutan dan sudah termasuk sekali driver, transportation, penginapan hotel, peralatan snorkeling dan bermacam lagi.
Jom Lihat 12 Pulau atau Tempat Menarik di Semporna:
- Pulau Mabul (Mabul Island)
Pulau Mabul antara pulau yang sangat popular dan menjadi tarikan pelancong di Semporna Sabah. Dengan kecantikan laut yang semulajadi menjadi tarikan pengunjung untuk datang ke sini terutamanya bagi seseorang yang suka akan aktiviti air seperti menyelam atau scuba diving. Pulau Mabul juga dikategorikan sebagai pulau ala ala “Maldives”. Ia terletak di perairan Laut Sulawesi yang dikelilingi terumbu karang serta berkeluasan 21 hektar dan lebih besar berbanding Pulau Sipadan.
Dapatkan pakej pulau mabul di sini.
- Pulau Kapalai
Pulau Kapalai Sabah adalah sebuah pulau yang sangat indah terletak di Borneo Malaysia.
Pulau ini mempunyai pelbagai spesies marin, termasuk terumbu karang yang berwarna-warni dan ikan eksotik yang lain. Salah satu aspek yang paling unik tentang Pulau Kapalai Sabah adalah anda boleh menginap di chalet atas air yang dibina di atas pondok di mana anda dapat melihat pemandangan laut yang sangat memukau. Masa terbaik untuk datang ke Pulau Kapalai Sabah adalah pada bulan Mac hingga Oktober.
Dapatkan pakej pulau kapalai di sini.
- Pulau Mantanani
Pulau Mantanani terdiri dari tiga pulau terpencil, iaitu Mantanani Besar, Mantanani Kecil, dan Lungisan. Pulau-pulau ini dikelilingi oleh perairan serta dikelilingi oleh pantai yang berpasir putih serta hutan bakau. Selain dari snorkeling dan selam, Pulau Mantanani menawarkan pelbagai aktiviti lain termasuk hop-on-hop-off ke pulau-pulau lain di mana pengunjung boleh menjelajahi pulau-pulau yang ada di sekitarnya. Pulau Mantanani juga dikenali dengan tempat tinggal Bajau Laut. Jom daytrip di pulau mantanani.
- Pulau Mengalum
Pulau Mengalum terlihat cantik dengan pasir putih dan air laut yang jernih. Bukan itu sahaja anda juga boleh bersantai di tepi pantai sambil melihat matahari terbenam yang menakjubkan. Di Pulau Mengalum, terdapat resort mewah yang menawarkan kemudahan yang lengkap untuk bercuti secara tenang di sini. Selain itu, terdapat juga homestay dan chalet yang sesuai untuk keluarga yang mencari penginapan yang lebih berpatutan.
Terdapat juga pakej percutian yang disediakan oleh agensi pelancongan tempatan yang menawarkan pengangkutan serta penginapan untuk memudahkan perjalanan anda ke pulau ini.
- Pulau Manukan & Sapi
Pulau Manukan adalah salah satu destinasi popular di Sabah, Malaysia. Pulau ini terkenal dengan pantainya yang cantik dan aktiviti menyelam yang menarik. Terletak dalam Taman Laut Tunku Abdul Rahman, pulau ini menawarkan pelbagai aktiviti seperti snorkeling, menyelam, dan bersantai di tepi pantai yang indah. Selain daripada aktiviti air, Pulau Manukan juga mempunyai hutan hujan tropika yang menarik untuk dijelajahi. Pengunjung boleh menikmati trek hutan ringan sambil menikmati keindahan alam semulajadi.
Dapatkan pakej pulau manukan di sini.
- Pulau Bohey Dulang
Pulau Bohey Dulang merupakan pulau bergunung yang merupakan tinggalan gunung berapi. Pulau Bohey Dulang dipisahkan daripada Pulau Bodgaya dengan sebuah terusan kecil. Lihat disini
- Pulau Timba-Timba
Pulau Timba Timba merupakan destinasi terkenal dan menjadi tumpuan bagi mereka yang sukakan pemandangan pantai. Ia juga terkenal dengan hidupan marin yang unik seperti “cuttlefish”, ikan katak, ketam, ular laut dan beberapa spesies ikan lain yang bersembunyi disebalik terumbu karang.
Dapatkan pakej pulau timba-timba di sini.
- Pulau Sipadan
Pulau Sipadan antara pulau yang menjadi tarikan untuk penyelam di seluruh dunia dan salah satu pulau yang terbaik dan pilihan diver di seluruh dunia. Pulau Sipadan yang terletak 700 m dari dasar laut dan hanya berkeluasan 12 hektar, satu-satunya pulau di Malaysia yang mempunyai saiz yang agak kecil. Hidupan yang terdapat di pulau Sipadan adalah ketam kenari, penyu, dan kumpulan ikan aji-aji.
- Pulau Sibuan
Pulau sibuan terletak berdekatan dengan Church Reef dan merupakan salah satu daripada pulau yang mempunyai pemandangan yang sangat cantik di Tun Sakaran Marine Park kerana habitatnya yang belum disentuh dengan pembangunan lain.
- Pulau Kapalai
Pulau Kapalai antara pulau yang mempunyai 40 buah chalet terapung yang dibina diatas air laut yang menjadi tarikan pengunjung untuk datang ke sini dan merasai bagaimana duduk di atas air.
Dapatkan pakej pulau kapalai di sini.
- Pulau Mataking
Pulau Mataking merupakan sebuah pulau yang terletak di Laut Sulawesi di negeri Sabah. Ia merupakan pulau pertama yang menjadi “Underwater Post Office” di Malaysia. Pulau ini merupakan pulau yang dimiliki oleh Reef Dive Resort untuk menempatkan penyelam-penyelam yang mengunjungi pulau Sipadan.
Dapatkan pakej pulau mataking di sini.
- Pulau Pom-Pom
Nama Pulau Pom Pom ini diambil sempena nama pokok Pom Pom yang tumbuh merata di sekitar pulau ini dan telah menjadi simbolik bagi pulau ini. Pulau pom-pom ini antara lokasi penting untuk penyu hijau dan penyu sisik bertelur.
Jadi anda dah lihat pulau mana yang bakal anda kunjungi? Jangan lupa dapatkan pakej dari kami yang sangat berpatutan. Anda boleh layari website kami di sini atau direct whatsapp kami untuk maklumat lanjut.
Jom dapatkan pakej limited ini dengan segera! Ajak rakan-rakan atau keluarga anda untuk bercuti di Semporna Sabah sekarang. Pakej menarik menanti anda.