Anda pertama kali ingin melancong ke Sabah? Kami senaraikan beberapa tips melancong ke Sabah yang anda perlu tahu beserta tempat menarik yang patut anda kunjungi.
Sabah mempunyai keunikan yang tersendiri. Tips yang akan kami kongsikan pada kali ini untuk mereka yang pertama kali ke Sabah dan tidak tahu tempat mana yang harus dikunjungi. Untuk pengetahuan anda sabah dikategorikan sebagai mini Switzerland kerana pemandangan gunung ganang yang sangat memukau. Jika anda teringin nak pergi ke Switzerland dan kekurangan bajet, anda juga boleh dapatkan pemandangan yang sama jika berada di Sabah.
Bukan sahaja pelancong dari Malaysia yang datang ke Sabah, malah dari luar negara juga turut datang terutamanya pelancong dari Korea. Mereka melihat rancangan television dari running man sebab itu ramai yang kita lihat pelancong dari Korea suka datang ke Sabah. Malah kadang-kadang tiket flight ke Korea juga murah jika dari Sabah.
Jika anda nak melancong ke Sabah, cadangan saya adalah paling kurang 4 hari 3 malam atau 5 hari 4 malam adalah jangka waktu yang paling sesuai.
Tips Melancong Ke Sabah
- Gunakan Travel Agent
Jika anda ingin perjalanan dan pengalaman anda semasa melancong ke Sabah menjadi lebih indah dan bermakna, anda boleh memilih pakej Cuti-Cuti Bajet untuk bawa anda bercuti ke Sabah.
Kami menyediakan pakej day trip ke pulau dan juga bermalam selama 4 hari atau 5 hari di Sabah. Pakej kami sudah termasuk lawatan ke sesuatu tempat, driver dan transportation, lawatan ke beberapa pulau, tiket boat, peralatan snorkeling dan bermacam lagi. Pakej kami antara pakej yang paling affordable jika anda ingin pergi bersama keluarga atau pasangan anda.
Pilihlah Cuti-Cuti Bajet untuk menjamin pengalaman anda di Sabah Lebih bermakna. Jika anda merancang untuk menggunakan perkhidmatan Travel Agency yang lain pastikan ejen berkenaan adalah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan & MATTA.
- Tiket Penerbangan
Umum ketahui tiket penerbangan ke Sabah kadang kala lebih mahal jika dibandingkan dengan negara luar. Jadi jika anda ingin mengurangkan kos tiket penerbangan, anda boleh booking trip Sabah bersama kami kerana kami menyediakan pakej melancong ke sabah dengan tiket flight yang berpatutan. Pakej flight kami juga termasuk luggage 20kg, dan juga makanan dalam kapal terbang.
Sebaiknya beli tiket flight ke Sabah pada waktu pagi kerana anda akan menikmati pemandangan yang indah di Sabah dari atas awan. Flight hanya memakan masa 2 jam sahaja dari Kuala Lumpur ke Sabah.
Kebiasaanya jika anda ingin dapatkan tiket flight yang murah anda perlu tunggu promo dari airlines tersebut. Boleh baca tips cara dapatkan tiket flight murah di sini.
- Kereta Sewa
Kereta yang paling sesuai sewaktu di sabah adalah kereta yang CC 1.3 ke atas kerana jalan di Kundasang agak curam dan tinggi. Pastikan minyak kereta anda full sebelum meneruskan perjalanan ke Kundasang.
Kami di Daeng Travel juga menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu dan Kundasang. Kereta sewa kami juga terdapat dalam pakej yang kami sediakan. Anda akan jimat banyak jika berhubung dengan kami. Kami juga menyediakan perkhidmatan airport transfer dari airport ke Semporna. Untuk tempahan boleh layari website ini.
- Hotel
Pastikan tempah hotel yang berdekatan dengan tempat pelancongan yang bakal anda kunjungi supaya tidak perlu berjalan jauh untuk ke sesuatu kawasan. Anda boleh booking melalui booking.com atau agoda untuk melihat senarai hotel mengikut kemampuan dan bajet anda. Jika tanak pening kepala untuk pilih destinasi hotel, boleh booking sahaja trip dengan Daeng dan biarkan kami uruskan perjalanan anda dari A to Z.
- Waktu Sesuai Pergi Sabah
Sebaiknya elakkan musim tengkujuh kerana pada musim hujan anda tidak akan dapat melancong dan melihat pemandangan yang cantik. Waktu yang sesuai adalah pada bulan March – Oktober.
- Bawa Sunscreen
Sabah terdapat banyak pulau yang sangat cantik, jadi anda wajib memakai sunscreen ketika berada di sini untuk mengelakkan kulit anda burn semasa di pulau.
- Peralatan Snorkeling
Jika anda ingin melakukan aktiviti air seperti snorkeling atau scuba diving, anda juga boleh bawa peralatan masing-masing. Jangan risau kebanyakan pakej pulau diluar sana juga ada menyediakan perkhidmatan menyewa peralatan snorkeling. Bahkan pakej kami juga sudah include dengan peralatan snorkeling.
Tempat Menarik di Sabah
Gunung Kinabalu jelas kelihatan mulai jam 6 pagi hingga 10 pagi. Jika anda ingin melihat pemandangan gunung kinabalu sebaiknya bangun awal pagi. Lebih kurang jam 11 pagi gunung kinabalu sudah mulai dilitupi kabus tebal dan awan.
Selain itu, Desa Dairy Farm juga menjadi tumpuan pelancong untuk bercuti di Sabah. Inilah yang dikatakan mini New Zealand. Lokasi ini sememangnya menjadi tarikan utama orang ramai hadir ke Kundasang dengan berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. Kami cadangkan anda datang ke Desa Dairy Farm pada pukul 8 pagi.
12 Pulau Menarik di Semporna
- Pulau Bohey Dulang
- Pulau Timba-Timba
- Pulau Mabul
- Pulau Sipadan
- Pulau Sibuan
- Pulau Mantabuan
- Pulau Mataking
- Pulau Kapalai
- Pulau Mataking
- Pulau Pom-Pom
- Pulau Bum-Bum
- Pulau Bodgaya dan bermacam lagi
Buat anda yang mahu travel ke Kundasang atau kawasan lain sekitar Sabah, Semporna namun tidak mahu bersusah-payah merancang perjalanan, boleh gunakan perkhidmatan kami untuk guide anda sepanjang berada di Sabah.
Boleh layari website kami untuk maklumat lanjut. Jika anda ingin bercuti di Bali Indonesia juga kami juga ada menyediakan pakej yang berpatutan untuk anda.
~SELAMAT MENGEMBARA DI SABAH~