Pakej Sabah 2025: Pilihan Terbaik Untuk Anda

Jika anda sedang mencari pakej Sabah yang lengkap dan menarik, anda boleh ikuti artikel ini. Kami menawarkan pakej travel Sabah dengan itinerary meliputi Kota Kinabalu, Kundasang, 

Semporna dan lawatan pulau, serta pelbagai pilihan harga yang menarik mengikut bajet anda. 

1. Fokus Destinasi: Kota Kinabalu & Kundasang

  • Kota Kinabalu (KK)
    Lawatan utama seperti Masjid Terapung, Menara Yayasan Sabah dan aktiviti island-hopping termasuk Pulau Sapi & Pulau Manukan.
  • Kundasang
    Dikenali sebagai mini  ‘New Zealand’ versi Sabah, dengan pemandangan Gunung Kinabalu, Desa Dairy Farm, Sosodikon Hill, Kinabalu Park, Merakau Fish Spa, serta Poring Hot Springs. 

2. Fokus Destinasi: Pakej Semporna 

  • Semporna (4 hari 3 malam)
    Penginapan di hotel dan chalet atas air, serta dua hari aktiviti island-hopping ke pulau-pulau terkenal seperti Mabul, Kapalai, Pom-Pom, Timba-Timba, dan Mataking. Pakej ini juga termasuk peralatan snorkeling, tiket masuk ke pulau, sarapan pagi, makan tengah hari dan pengangkutan darat.
  • Day Trip Semporna

Untuk pakej day trip, lawatan bermula jam 8:30 pagi di Jeti Seafest dan berakhir jam 4:00 petang. Terdapat pelbagai jenis pakej yang menawarkan lawatan ke pulau-pulau berbeza, mengikut kesesuaian aktiviti yang anda inginkan.

[Lihat itinerary pakej day trip semporna di sini] 

Penginapan & Jenis Pakej Sabah

1. Hotel & Resort

  • Hotel bajet hingga 3 bintang – kami menyediakan pelbagai jenis hotel dan resort sesuai untuk pengembara solo atau keluarga kecil, lengkap dengan bilik berhawa dingin, bilik mandi, TV dan Wi‑Fi. [Book hotel Kundasang anda di sini]
  • Resort tepi pantai – menawarkan suasana santai, kolam renang, restoran dan aktiviti seperti spa atau island hopping.

2. Chalet & Villa

  • Chalet – penginapan berkonsepkan semula jadi, biasanya kayu beserta balkoni dan pemandangan kehijauan. Harga chalet agak mahal berbanding hotel.
  • Villa – sesuai untuk kumpulan besar seperti company trip, family day yang inginkan privasi. Lengkap dengan kolam peribadi dan ruang untuk aktiviti sosial seperti BBQ, sepak takraw, dan sebagainya. 

3. Homestay

  • Homestay – pilihan mesra keluarga dengan ruang tamu dan dapur untuk memasak sendiri. Ianya juga menawarkan pengalaman budaya yang unik. 

4. Hostel & Capsule Hotel

  • Hostel (bilik dorm) – kos rendah & sesuai untuk backpacker, kemudahan bersama seperti dapur dan bilik air secara sharing. 
  • Hotel kapsul – pilihan urban ringkas ala Jepun, sesuai untuk perhentian singkat. Di Cuti Cuti Bajet kami tidak menawarkan pakej ini kerana pakej kami sesuai yang sudah berkeluarga dan ingin dapatkan pakej tawaran pakej yang murah dan selesa. 

5. Glamping & Camping

  • Glamping – pengalaman berkhemah yang lebih mewah, lengkap dengan katil empuk, lampu dan kemudahan bilik mandi peribadi. 
  • Camping – sesuai untuk pencinta alam, berkemah di tapak hutan atau tepi sungai dengan peralatan asas yang dibawa sendiri.

Aktiviti & Tempat Menarik dalam Pakej Percutian Sabah

AktivitiTempatKeterangan
Desa Dairy FarmKundasangSusu, gelato, lembu “New Zealand”
Fish SpaKundasangTerapi kaki dengan ikan koi besar
Island HoppingTunku Abdul Rahman ParkPulau Sapi, Manukan, Mamutik – snorkeling, diving & bergambar dengan ikan nemo
Poring Hot Spring & Canopy WalkHutan KinabaluPilihan aktiviti alam semula jadi
Menara & Masjid TerapungKota KinabaluLandmark ikonik Kota Kinabalu

Kelebihan Pakej Sabah di Cuti Cuti Bajet

  • Private vs Joined Tour
    Jika anda memilih private trip, anda boleh meminta itinerari yang disesuaikan mengikut bajet, fleksibiliti, dan keselesaan peribadi anda. Sebaliknya, joined tour membolehkan anda berkongsi perjalanan dengan orang lain, sekali gus membantu mengurangkan kos.
  • Penginapan Strategik
    Pilihan hotel 3-4★ atau chalet/villa menepati bajet anda lengkap dengan sarapan, dan lokasi berdekatan destinasi menarik.
  • Included Transport & Guide
    Pilihlah pakej yang menyediakan van yang selesa bersama pemandu merangkap pemandu pelancong yang mesra dan berpengalaman, serta sudi membantu mengambil gambar anda. Dengan itu, perjalanan anda akan jadi lebih seronok dan bermakna.
  • Harga Berpatutan
    Kami di Cuti Cuti Bajet menawarkan pakej bermula RM109 untuk pakej day trip. 

Tips Memilih Penginapan & Pakej Percutian Sabah

FaktorTip
Bajet & Gaya PerjalananSolo/backpacker: hostel atau kapsulKeluarga/budget sederhana: hotel, homestay atau apartmentHoneymoon: resort atau villa
Aktiviti DiutamakanBerminat snorkeling/island hopping/diving? Ambil pakej lengkap daripada operator tempatan.
Musim & Tempahan AwalElak musim puncak, tempah awal, dan semak cuaca untuk percutian yang lebih jimat dan lancar.
Kemudahan & LokasiSemak kemudahan seperti Wi‑Fi, penghawa dingin, bilik mandi dan lokasi yang berhampiran supaya memudahkan perjalanan anda. (dekat dengan city)

Kesimpulan

Pakej Sabah dari Cuti Cuti Bajet memberi kombinasi lengkap dengan destinasi utama seperti Kundasang, Kota Kinabalu dan Semporna, aktiviti alam semulajadi & pulau, penginapan selesa serta harga fleksibel dari pakej Sabah murah hingga premium. Sesuai untuk semua jenis pelancong yang ingin merasai keindahan Negeri Di Bawah Bayu dengan pengalaman yang unik dan berbaloi. 

Book trip anda sekarang! 

ms_MYMY