Anda suka melancong? Tapi kos tiket flight mahal? Jom saya bagi tips and tricks atau travel hacks untuk anda dapatkan cara beli tiket flight murah paling berkesan. Jom baca artikel ini sampai habis. Lepas ni semua orang dah boleh travel dengan murah.
Cara beli tiket penerbangan dengan harga yang lebih murah, ikuti tips dibawah:
- Tempah Awal (early birds price)
Kebiasaannya, harga tiket jauh lebih murah jika kita tempah 6 bulan awal sebelum tarikh penerbangan. Untuk domestik flight pula sebaiknya tempah 3 bulan sebelum tarikh penerbangan. Ini untuk mengelakkan anda beli tiket flight dengan harga yang jauh lebih mahal. Tips: Waktu terbaik untuk dapat tiket flight murah adalah tunggu waktu airlines buat promo! Ini yang ramai tak tahu!
- Beli Pada Hari Selasa / Rabu
Tips lain yang ramai share adalah beli pada hari selasa atau rabu malam selepas pukul
12 malam. Anda akan jumpa harga tiket yang jauh lebih murah dari biasa kerana airlines tahu yang jarang orang akan search tiket flight pada waktu sebegini. Anda boleh cuba tips ini dan boleh share kepada kami jika ia berkesan.
- Beli Pada Waktu Promo Matta Fair
Antara tips lain adalah anda tunggu waktu matta fair sedang berlangsung di MITEC pada bulan March atau September setiap tahun. Kebiasanya airlines menawarkan harga promosi hampir 70% diskaun. Terdapat banyak juga travel agent yang akan mengikuti program ini antaranya adalah cuti cuti bajet. Jadi jangan lupa datang waktu tersebut untuk dapatkan tawaran harga murah tiket flight okay?
- Jangan Beli Pada Waktu Peak Season
Elakkan untuk membeli tiket flight pada waktu peak season terutamanya musim cuti sekolah, musim perayaan atau musim (season) yang popular di sesebuah negara. Ini kerana harga tiket flight jauh lebih mahal dari harga biasa. Pilihan terbaik untuk dapatkan tiket flight murah kebiasaan pada waktu musim panas (summer)jika anda nak ke Korea atau Japan pada musim ini. Jadinya kalau anda tidak kisah untuk berpanasan semasa melancong boleh la consider beli pada waktu ini okay.
- Clear Cache Browser Cookies & Guna Incognito
Tips lain yang berkesan semasa airlines melakukan promosi adalah, semasa anda ingin mencari harga tiket flight murah boleh gunakan incognito setiap kali anda ingin melihat harga terkini. Jika anda buka laman web airlines setiap hari, ada potensi untuk anda akan lihat harga akan sentiasa berubah dan semakin mahal. Jadi sentiasalah clear browser cookies google anda sebelum mencari harga tiket flight yang murah. Ini untuk mengelakkan harga tiket menjadi semakin mahal apabila anda membuka atau melayarinya buat kali kedua kerana website penerbangan tersebut dapat “track” yang anda pernah buka website mereka sebelum ini.
- Gunakan Laman Web Perbandingan Harga (Skyscanner)
Gunakan laman web atau aplikasi perbandingan harga tiket penerbangan untuk mencari tiket flight yang murah. Antaranya adalah Skyscanner, Kayak, atau Google Flights: anda boleh lihat perbandingan harga antara airlines yang mana jauh lebih murah. Anda juga boleh tentukan masa dan bulan bila yang anda ingin kunjungi. Skyscanner akan membandingkan harga dan memberikan anda list airlines mana yang paling murah.
- One Way Ticket:
Buat pembelian tiket secara one way juga salah satu trick untuk dapatkan harga tiket flight murah yang ramai tak tahu. Antara tips yang ramai tak tahu adalah beli tiket pergi & balik secara asing. Tahukah anda tiket direct flight jauh lebih mahal dari tiket transit. Jika anda nak jimat, anda boleh gunakan tips ini untuk layover (transit) di mana-mana negara sebelum ke destinasi seterusnya. Kelebihan nya anda juga boleh melancong ke negara lain dalam masa sehari dua sementara tunggu transit ke negara lain kan? Bukankah ini lagi menguntungkan? Turkish airline antara yang akan memberi 1 day pass for tourist yang ingin melawat negara Istanbul, Turkey secara percuma.
- Gunakan Mata Ganjaran:
Jika anda mempunyai kad kredit dengan program mata ganjaran untuk tiket flight, boleh gunakan mata ganjaran tersebut untuk mendapatkan diskaun yang diberikan oleh bank masing-masing.
- Bundle Pakej:
Ini juga yang ramai tidak tahu! Kadang-kadang, pembelian tiket penerbangan dan hotel penginapan bersama sewa kereta jauh lebih murah. Tetapi berhati hati juga takut ada hidden charges yang lain. Sebaiknya anda check dahulu satu-satu pakej harga sama ada beli secara bundle lebih murah atau sebaliknya.
Jadi anda dah habis baca dan dapat tips yang menarik untuk dapatkan harga tiket flight murah? Jangan lupa share dengan kami tips mana yang anda selalu gunakan dan tips mana yang paling berkesan okay?
Jika anda ingin melancong ke sabah dengan murah, anda boleh lawati website kami. Kami menawarkan pakej yang menarik untuk anda ke Sabah Kundasang, Semporna, atau Kota Kinabalu. Kami juga menawarkan pakej ke sabah termasuk tiket penerbangan. Boleh layari website kami untuk maklumat lanjut. Tawaran 2024 sangat terhad!