Kenapa Perlu Pilih Private Tour Untuk Trip ke Sabah?

private trip lebih sesuai untuk ke sabah

Apa Itu Private Tour?

Private tour adalah sejenis trip di mana hanya kumpulan kecil seperti 2 – 6 orang sahaja dalam satu trip atau family members dan rakan kenalan terdekat sahaja. Private tour juga mendapat layanan yang eksklusif daripada tour guide tanpa perlu berkongsi dengan orang luar. 

Maksudnya, semua itinerary, masa, tempat dan aktiviti boleh disesuaikan mengikut kehendak anda sendiri. Anda juga boleh suggest kepada kami tempat mana yang ingin anda lewati. 

Bayangkan anda pergi bercuti ke Sabah tanpa perlu fikir itinerary, tanpa perlu fikir macam mana nak sampai ke destinasi dan semuanya sudah tersedia dengan agent trip. Anda juga tidak perlu tunggu orang lain, tanpa perlu ikut jadual ketat, dan boleh berhenti bila-bila masa untuk ambil gambar, itulah kelebihan utama private tour.

Perbezaan Private Tour vs Group Tour

Perbezaan paling ketara antara private tour dan group tour adalah dari segi kebebasan dan pengalaman. Group tour biasanya lebih murah, tetapi anda perlu berkongsi masa, ruang, dan pengalaman dengan ramai orang.

Sebaliknya, private tour menawarkan pengalaman yang lebih eksklusif dan fleksibel. Biarpun ianya sedikit mahal dari group tour tapi sesuai untuk mereka yang ingin menikmati Sabah dengan cara yang lebih santai dan tenang. 

10 Sebab Kenapa Private Tour ke Sabah Lebih Berbaloi

1. Fleksibiliti Jadual

Dengan private tour, anda bebas menentukan masa perjalanan dan tempat yang ingin dilawati. Nak bangun lambat? Boleh. Nak tambah destinasi last minute? Tiada masalah. Tidak seperti group tour yang biasanya rigid dan sentiasa follow itinerary. 

2. Pengalaman Lebih Eksklusif

Bayangkan anda berada di pulau cantik tanpa perlu bersesak dengan pelancong lain. Private tour membolehkan anda menikmati pengalaman yang lebih tenang. 

3. Keselesaan Maksimum

Tiada lagi van atau bas penuh atau jadual padat. Anda boleh travel dengan kenderaan yang lebih selesa dan ruang yang mencukupi untuk semua ahli trip anda.

4. Custom Itinerary Ikut Minat

Setiap orang travel dengan tujuan berbeza. Ada yang suka adventure, ada yang suka chill. Private tour membolehkan anda customize itinerary mengikut minat sendiri.

5. Jimat Masa

Dalam group tour, banyak masa terbuang untuk tunggu orang lain seperti bersiap, makan, atau mengambil gambar. Dengan private tour, anda tidak perlu tunggu orang lain dan setiap minit digunakan dengan lebih efektif.

6. Lebih Selamat

Tour guide akan lebih fokus kepada anda sahaja, memastikan keselamatan sepanjang perjalanan terutama di kawasan hutan atau laut.

7. Privasi Terjamin

Ini sangat penting untuk honeymoon atau family trip. Anda boleh menikmati masa bersama tanpa gangguan orang lain. 

8. Sesuai Untuk Family & Couple

Private tour sangat sesuai untuk keluarga dengan anak kecil atau pasangan yang ingin pengalaman lebih romantik atau honeymoon. 

9. Local Guide Lebih Fokus

Guide boleh berkongsi lebih banyak info menarik kerana fokus hanya kepada kumpulan kecil sahaja. 

10. Akses Tempat Rare

Kadang-kadang, private tour boleh bawa anda ke tempat yang tidak termasuk dalam pakej biasa, hidden gems!

Kekurangan Group Tour Yang Ramai Tak Sedar

1. Jadual Terlalu Padat

Group tour biasanya cuba “cover” banyak tempat dalam masa singkat. Hasilnya? Anda penat, rushing, dan kurang menikmati pengalaman sebenar.

2. Kurang Kebebasan

Nak berhenti ambil gambar lama sikit pun susah. Semua perlu ikut jadual yang ditetapkan.

Conclusion

Kalau anda benar-benar mahu menikmati Sabah dengan cara yang lebih santai, eksklusif, dan bermakna, private tour adalah pilihan terbaik. 

Jom travel ke Sabah ikut gaya anda sendiri!

Kami menyediakan pakej percutian Sabah yang berpatutan untuk anda, dan tour guide kami boleh ambil gambar anda dengan cantik!

Pakej Sabah Yang Kami Tawarkan

FAQ

Ya, tetapi ianya lebih berbaloi dari segi kebebasan, pengalaman, keselesaan, dan fleksibiliti.

Biasanya 2 orang sudah mencukupi, tetapi lebih ramai boleh kurangkan kos per person.

Sesuai, tetapi kos mungkin lebih tinggi berbanding group tour.

Antara Mei hingga September biasanya cuaca lebih baik.

Sebaiknya booking awal, terutama musim peak.

ms_MYMY